Thursday 30 April 2015

MANA RAKYAT MALAYSIA DIPASARAN GLOBAL?

Berkelana di negeri orang, aku melihat pelbagai perkara yang mencuit mindaku. Pada penulisan ini aku akan bersongsi satu hal. Pergi kemana-mana aku melihat orang dari pelbagai negara mengisi ruang pekerjaan.

Mungkin kita memandang lekeh jika sektor buruh yang diisi oleh tenaga asing, tetapi realitinya, ramai warga negara Filipina (contoh yang berjiran dengan Malaysia) bekerja di Arab Saudi dalam pelbagai sektor. Dari sektor rendah, kepada sektor separa mahir, hinggalah tenaga mahir. Kita boleh perhatikan begitu ramai komuniti mereka bekerja sebagai kerani, jururawat, juruteknik hinggalah jurutera.



Mengisi pasaran pekerjaan di luar negara mengukuhkan nilai ringgit hasil aliran wang asing yang dihantar pulang ke Malaysia disamping menigkatkan kuasa beli keluarga yang tinggal di Malaysia.

Persoalannya, dimanakah rakyat Malaysia dalam mengisi pasaran pekerjaan global?

Antara kemungkinan-kemungkinan faktor tersebut adalah:
1. Kurang kesedaran dari pihak kerajaan bagi menggerakkan perancangan mengisi peluang pekerjaan global yang menatijahkan tiada instrumen sokongan sesuai.
2. Kurang pendedahan kepada rakyat Malaysia berkenaan peluang yang wujud.
3. Kelemahan penguasaan bahasa tambahan.
4. Budaya masyarakat yang kurang mendorong untuk bekerja di tempat yang jauh.
5. Takut untuk menghadapi cabaran.

No comments:

Post a Comment