Wednesday 6 January 2016

WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK

Setelah sekian lama jari jemari ini tidak digerakkan untuk meng"update" blog-blog, kini jiwa kembali mekar untuk berkongsi sesuatu. Asalnya bukan kerana dorongan dalaman, tetapi mungkin berkat "berjamaah", dan berkat "berkongsi".


Gambar Hiasan
Nak dijadikan cerita, serang sahabat ni, memang hobinya melancong, lalu, dengan kemahiran yang sangat asas ini, aku ajarkan dia untuk mula menulis dalam blog. Selain dia sudah mula menulis blog, aku juga turut terpanggil untuk mengaktifkan kembali blog ini.

(Kredit : www.kembarasafir.blogspot.com)

Betul la kata-kata "What You Give, You Get Back".

Sunday 26 July 2015

ARAK

Bukankah kita semua tahu yang arak adalah salah satu dari dosa-dosa besar dan disenaraikan dalam Al-Quran sebagai amalan syaitan. Terlebih malang apabila ada umat islam turut terperangkap dalam rantaian arak.

Untuk terus menghukum secara umum, seestinya tidak adil. Sewaktu transitku di KLIA, hatiku remuk melihat salahsatu dari Booth Arak di jaga oleh seorang wanita bertudung. Jika benar dia jahat, apakah harus dia bertudung? semestinya tidak. Atau apakah dia tidak mengetahui sesiapa sahaja yang terlibat dalam rantaian arak dilaknat? Mungkin juga kesedaran yang lemah dan kesempitan hidup memaksa beliau yang bertudng turut menjaga booth tersebut.

Lantas apa pula peranan kita dalam berhadapan situasi tersebut?

Saturday 9 May 2015

JAMBAN CANGKUNG VS JAMBAN DUDUK

Wah, kotor dan tak senonohnya pos ini. Sabar para pembaca sekalian, semoga posting ini mencuit minda yang celik.



Jamban yang manakah yang lebih lazim dan lebih selalu kita temui? Jamban duduk atau jamban cangkung? Jamban duduklah yang kita sering temui. Jika di rumah, terpulanglah, namun bagaimana pula di tempat awam?

Bayangkan tandas awam atau tandas-tandas yang digunakan secara berkongsi-kongsi (termasuklah tandas hotel, kapal terbang, bangunan-bangunan selain dari rumah sendiri dan sebagainya.

Jamban duduk, ada kelebihannya. Ramai dikalangan warga tua tidak mampu lagi mencagkung, ataupun sangat menyukarkan mereka untuk bangun semula setelah mencagkung. Namun bagimana pula jika di tempat-tempat awam, hanya terdapat jamban duduk?

 

 




Ada pula yang mampu menjawab, "Guna pelapik magkuk tandas", "Guna seat cleaner".

Bagaimana pula jika kalau aku katakan "Ia lambang pemikiran yang TERJAJAH, apa sahaja baik pada penjajah, baik juga pada pandangan kita"

Fikir-fikirkan.

 
 



Wednesday 6 May 2015

PRODUK PELANCONGAN - Bahagian 2

Pernahkah anda bertanya arah kepada seseorang untuk menuju ke suatu lokasi (sekarang, jarang kita bertanya orang kerana adanya teknologi GPS), maka orang tersebut menjawab "senang je, pergi lurus, belok, lurus lagi, lepas itu dan ini, akan sampai ke lokasi", namun kita gagal menjumpai lokasi dituju, kenapa?

Apakah orang yang ditanyakan itu tidak tahu? Mungkin, namun yang lebih besar kemungkinan adalah, orang yang ditanyakan menerangkan "sesuai" dengan dirinya yang telah tahu kawasan tersebut. Sepatutnya dia menerangkan dengan perasaan sebagaimana perasaan dan sesuai dengan pengetahuan orang yang tidak biasa dengan tempat tersebut.




Hal sedemikian juga turut terjadi pada papan tanda-papan tanda arah di jalan-jalan raya. Mungkin sahaja orang yang memasangnya merasa "ok" dalam keadaan dia telah terbiasa dengan kawasan tersebut.

Lalu, apakah tempat-tempat menarik untuk dilawati di negeri kita (saya khususkan kepada Kelantan)? Apakah agensi-agensi dan badan-badan yang berkaitan pelancongan menelami perasaan orang yang berhajat melancong ke Kelantan?

Jika di "search" perkataan "where to visit Kelantan", dengan infomasi-infomasi yang ada, cukupkah untuk menarik pelancong? Atau membantu pelancong merancang perjalanan ke Kelantan?

Apakah kerajaan negeri telah melakukan tanggungjawabnya dalam soal ini.. Fikir-fikirkan.

Thursday 30 April 2015

MANA RAKYAT MALAYSIA DIPASARAN GLOBAL?

Berkelana di negeri orang, aku melihat pelbagai perkara yang mencuit mindaku. Pada penulisan ini aku akan bersongsi satu hal. Pergi kemana-mana aku melihat orang dari pelbagai negara mengisi ruang pekerjaan.

Mungkin kita memandang lekeh jika sektor buruh yang diisi oleh tenaga asing, tetapi realitinya, ramai warga negara Filipina (contoh yang berjiran dengan Malaysia) bekerja di Arab Saudi dalam pelbagai sektor. Dari sektor rendah, kepada sektor separa mahir, hinggalah tenaga mahir. Kita boleh perhatikan begitu ramai komuniti mereka bekerja sebagai kerani, jururawat, juruteknik hinggalah jurutera.



Mengisi pasaran pekerjaan di luar negara mengukuhkan nilai ringgit hasil aliran wang asing yang dihantar pulang ke Malaysia disamping menigkatkan kuasa beli keluarga yang tinggal di Malaysia.

Persoalannya, dimanakah rakyat Malaysia dalam mengisi pasaran pekerjaan global?

Antara kemungkinan-kemungkinan faktor tersebut adalah:
1. Kurang kesedaran dari pihak kerajaan bagi menggerakkan perancangan mengisi peluang pekerjaan global yang menatijahkan tiada instrumen sokongan sesuai.
2. Kurang pendedahan kepada rakyat Malaysia berkenaan peluang yang wujud.
3. Kelemahan penguasaan bahasa tambahan.
4. Budaya masyarakat yang kurang mendorong untuk bekerja di tempat yang jauh.
5. Takut untuk menghadapi cabaran.

Tuesday 28 April 2015

M.I.S.K.I.N

Menarik, sebelum ini aku tak pernah dengar lagi mendengar maksud perkataan M.I.S.K.I.N. Maklumlah aku tidak pernah belajar bahasa Arab.

Nak dijadikan cerita, aku menonton drama bersiri indonesia "Islam K.T.P", dan diceritakan perkataan M.I.S.K.I.N ini, samalah perkataan asasnya dengan perkataan yang sering kita dengari adalah "SUKUN", iaitu dengan kata asas Sin, Kaf dan Nun.Maka perkataan ini berkaitan dengan "DIAM"(tiada sebarang pergerakan).

Ini memberi kefahaman bahawa, sesiapa yang terperangkap dalam perangkap keterhentian, maka dia akan terperangkap dalam perangkap kemiskinan. Terdapat terlampau banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terhenti. Samaada faktor dalaman atau faktor luaran.

Oleh kerana faktor yang terlampau banyak dengan situasi dan penyelesaian yang berbeza-beza, sebagai asas kepada perbincagan ini, kita akan mengambil satu kes dan ia banyak berlaku dalam masyarakat kita iaitu "Janda".

Bayangkan, seorang wanita yang kematian suami atau sekalipun memiliki suami, tetapi suami tersebut ditimpa musibah yang menyebabkan hilang keupayaan bekerja. Maka si wanita tersebut terpaksa bekerja untuk mencari punca pendapatan keluarga. Bayangkan wanita yang memiliki bayi yang masih terlampau kecil, atau tidak pernah berdikari, atau tiada sebarang modal untuk mula berniaga, atau pelbagai halangan lagi, dia akan terperangkap dan akhirnya terus-menerus dalam perangkap kemiskinan.

Lalu, sebahagian masyarakat, badan-badan atau jabatan-jabatan akan menghulurkan sedikit bantuan yang biasanya berupa bahan makanan, sedikit wang ringgit tetap tidak membantu wanita tersebut dan keluarganya keluar dari perangkap kemiskinan.

Maka apa yang harus dilakukan?

Sunday 26 April 2015

PRODUK PELANCONGAN

Aku beberapa kali berbincang dengan kawanku tentang pembangunan produk pelancongan negeri Kelantan. Malangnya, jawapan yang paling kerap ku dengari adalah "Kerajaan kelantan takde duit". Dengan penuh berat hati, fakta "dianak tirikan" terpaksa diiakan.

Kerajaan Kelantan seolah-olah kerajaan Hamas di Palestin. Diangkat secara demokratik, namun kuasa-kuasa dunia yang menyalakkan Demokrasi membisu bila Demokrasi dicabuli jika menguntungkan Islam.

Pun begitu, ingin aku menyeru kepada penguasa di Kelantan agar bijak berfikir di luar kotak. Tidaklah semestinya berbelanja besar menjadi faktor kejayaan dalam menghasilkan produk pelancongan.

Perhatikan gambar di bawah, menarik atau tidak jika ia dibangunkan di sepanjang pantai-pantai dan di kawasan-kawasan tepi sungai? Dan apakah ia menelan belanja yang banyak?

Fikir-fikirkan