Tuesday 28 April 2015

M.I.S.K.I.N

Menarik, sebelum ini aku tak pernah dengar lagi mendengar maksud perkataan M.I.S.K.I.N. Maklumlah aku tidak pernah belajar bahasa Arab.

Nak dijadikan cerita, aku menonton drama bersiri indonesia "Islam K.T.P", dan diceritakan perkataan M.I.S.K.I.N ini, samalah perkataan asasnya dengan perkataan yang sering kita dengari adalah "SUKUN", iaitu dengan kata asas Sin, Kaf dan Nun.Maka perkataan ini berkaitan dengan "DIAM"(tiada sebarang pergerakan).

Ini memberi kefahaman bahawa, sesiapa yang terperangkap dalam perangkap keterhentian, maka dia akan terperangkap dalam perangkap kemiskinan. Terdapat terlampau banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terhenti. Samaada faktor dalaman atau faktor luaran.

Oleh kerana faktor yang terlampau banyak dengan situasi dan penyelesaian yang berbeza-beza, sebagai asas kepada perbincagan ini, kita akan mengambil satu kes dan ia banyak berlaku dalam masyarakat kita iaitu "Janda".

Bayangkan, seorang wanita yang kematian suami atau sekalipun memiliki suami, tetapi suami tersebut ditimpa musibah yang menyebabkan hilang keupayaan bekerja. Maka si wanita tersebut terpaksa bekerja untuk mencari punca pendapatan keluarga. Bayangkan wanita yang memiliki bayi yang masih terlampau kecil, atau tidak pernah berdikari, atau tiada sebarang modal untuk mula berniaga, atau pelbagai halangan lagi, dia akan terperangkap dan akhirnya terus-menerus dalam perangkap kemiskinan.

Lalu, sebahagian masyarakat, badan-badan atau jabatan-jabatan akan menghulurkan sedikit bantuan yang biasanya berupa bahan makanan, sedikit wang ringgit tetap tidak membantu wanita tersebut dan keluarganya keluar dari perangkap kemiskinan.

Maka apa yang harus dilakukan?

No comments:

Post a Comment